Masjidil Haram

Kelebihan Bersolat Di Masjidil Haram : Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.

Masjid Nabawi

Kelebihan Bersolat Di Masjid Nabawi : Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Masjid Quba

Kelebihan Masjid Quba : Ertinya: Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.

Masjid Qiblatain

Masjid Qiblatain (artinya: masjid dua kiblat) adalah salah satu masjid terkenal di Madinah. Masjid ini mula-mula dikenal dengan nama Masjid Bani Salamah, karena masjid ini dibangun di atas bekas rumah Bani Salamah. Letaknya di tepi jalan menuju kampus Universiti Madinah di dekat Istana Raja ke jurusan Wadi Aqiq atau di atas sebuah bukit kecil di utara Harrah Wabrah, Madinah.

Air Zam Zam

Kelebihan Dan Khasiatnya : Dalam sebuah hadith shahih, Nabi Muhammad SAW menyebut air zam-zam;“Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkahi, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.”Ditambahkan dalam riwayat Abu Daud (Ath Thoyalisiy) dengan sanad jayyid (bagus) bahawa Nabi SAW mengatakan,“Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat penyakit).”

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgN_FvwByecw8U2faSugpUIRIaQosRWm2nKdx5JOQ7FrkH-PByVxegvRG8IPJF7BqA_SD2lhZ6z8382LqcA3JYF4jVwd543a36eE5Q876xqAJlWBaFIa1hnYQnvxLBv2-8LQENmA1nyWds/s1600/5.jpg

Saturday, July 5, 2014

MINYAK HABATUSSAUDA'


Salam Ramadhan Al Mubarak..

Dapatkan Edaran Produk Dari Titisan Mahabbah Trading "MINYAK HABBATUS SAUDA' 100% SEMULAJADI NO.1 TERBAIK DARI MEDINAH"

Sebotol ( 125ml ) RM35.00 sahaja.

Hasil kajian menunjukkan HABATUSAUDA

Berupaya MENAMBAH TENAGA badan,MENGUATKAN KETAHANAN & MENAMBAH SEL2 badan.

Menyembuhkan/Mengawal KENCING MANIS,DARAH TINGGI,GOUT,ULSER,ALAHAN,JAUNDIS,HAID TERATUR,SENGGUGUT,BATU KARANG,SEMBELIT,SENGAL2,LENGUH2,RESDUNG,JERAWAT,GASTRIK,SAKIT PERUT,PENYAKIT KULIT.

Melancarkan PERJALANAN DARAH & mengurangkan KOLESTROL

MENAMBAH HORMON bagi kecerdasan mental & seksual

Merawat kesukaran BERNAFAD,ASTHMA,RADANG PARU2 & BATUK.

Menyingkir tumor(BARAH)

Memulihkan fungsi BUAH PINGGANG,HEMPEDU,HATI & JANTUNG.

Membersihkan PERUT,ANGIN,KAHAK & MEMBAKAR LEMAK.

Memulihkan MANDUL,MATI PUCUK & menambah GHAIRAH SEKS.

》Ketika berada didalam tubuh, habbatus-sauda akan bekerja dengan bersifat medical dgn cara,

~mengeluarkan sumber-sumber penyakit.

~Membuat tubuh rilex dan memulihkan tenaga,Ia Bersifat prepare dengan melakukan perbaikan sel dalam tubuh.

~ Bersifat refunction atau mengembalikan fungsi-fungsi organ.

Maka dapat disimpulkan, habatussauda dan zaitun adalah satu-satunya Ubat herbal yang memiliki dua kemampuan istimewa, yaitu untuk MENYEMBUHKAN dan MENCEGAH penyakit.

Sunday, June 1, 2014

HAGIA SOPHIA KEMBALI MENJADI MASJID!!

HAGIA SOPHIA KEMBALI MENJADI MASJID!!



Ini bukan di Malaysia, tetapi di Istanbul, sebuah negeri sekular, yang mana ruh Islam pernah dicabur oleh Mustafa Kamal At-Tarturk!! Turki sekarang sudah berubah. menakjubkan!!

Ribuan rakyat Turki berhimpun di hadapan Hagia Sophia Subuh pagi tadi untuk Solat Subuh berjamaah berimamkan imam Mekah Dr.Abdullah Basfar. sebenarnya ini sebahagian kempen untuk menukarkan kembali fungsi Hagia Sophia kepada Masjid.

Hagia Sophia ini dahulunya ialah gereja zaman Byzantine kemudian Sultan Muhammad al-Fateh telah menukarkan fungsinya kepada masjid sebaik sahaja berjaya menakluk Kota Konstantinopel, tetapi fungsinya telah ditukar kembali daripada masjid kepada muzium oleh Mustafa Kamal at-Attarturk. Diriwayatkan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh pernah mendoakan kecelakaan bagi sesiapa sahaja yang menukarkan fungsi Hagia Sophia ini selain daripada Masjid.

Tahun lepas sewaktu keberadaan saya di sana untuk menyambut ulangtahun pembukaan Kota Konstantinopel, saya melihat beberapa corong-corong pembesar suara kelihatan di beberapa menara di Hagia Sophia, dan saya pikir ianya akan dimulakan tahun lepas nampaknya gagal. Kempen masih berjalan. Seluruh rakyat Turki dan seluruh Ummat masih berharap keberanian Perdana Menteri Turki Receb Tayyib Erdogan untuk kembali menukarkan kembali fungsi Hagia Sophia ini kepada masjid inshaAllah. Doa Ummat akan sentiasa bersama Turki di bawah kepimpinan Erdogan.- Abu Akhyar Al-Qudsi

p/s: Semoga Allah merahmati Turki!

Link video:
http://www.youtube.com/watch?v=8yvm8bWxzCU

Friday, May 30, 2014

Rawatan Bekam Sunnah

Khamis 29/05/2014 Bersamaan 01 Syaaban 1435H :
Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"(Riwayat Imam Ahmad)
Syukur alhamdulillah kerana semalam dapat memperkenalkan kepada sahabat dengan rawatan bekam sunnah.
Rata-rata amat berpuas hati dengan perkongsian ilmu semalam..Semoga ilmu yang kita perolehi itu dapat kita amalkan.











Thursday, May 29, 2014

Majlis Makan Malam


Kg Bharu 28/05/2014 : Syukur alhamdulillah kerna dengan limpah dan kurniaNya semalam dapat bersama-sama meluangkan masa dlm menghadiri majlis makan malam.
Terima kasih diatas kehadiran daripada para sahabat mat dan syam sekeluarga,nje dan shah yang membawa sejuta kegembiraan dan keceriaan buat diri ini.
Alhamdulillah,menu untuk majlis makan malam begitu enak dan lazat.
Terima kasih sekali lagi buat sahabat semua kerana sudi meluangkan masa untuk hadir bersama-sama di majlis makan malam.
Semoga perjumpaan ini mendapat barokah dari Allah SWT.

Wednesday, May 28, 2014

Ibadah Haji Bersama Al-Habib Naqjamuddin Syed Othman Al-Khered


Rukun Islam 5 perkara WAJIB kita mengerjakannya...

1- Mengucap kalimah syahadah.... Alhamdulillah semua SUDAH
2- Mengerjakan solat fardhu... InsyaAllah ramai SUDAH
3- Berpuasa dibulan Ramadhan... InsyaAllah ramai SUDAH
4- Membayar Zakat... InsyaAllah ramai SUDAH
5- Menunaikan Haji... InsyaAllah

Wira Saujana Travel & Tours memberikan peluang untuk para bakal jemaah haji yang berkemampuan untuk mengerjakan ibadah haji dengan lebih selesa disamping mendapat bimbingan langsung daripada Al-Habib Naqjamuddin Syed Othman Al-Khered di Tanah Suci. Kami turut menawarkan pakej HAJI BADAL dengan harga berpatutan...

Tuesday, December 10, 2013

Persiapan Seorang Mutawwif : Edisi Pertama


Assalamualaikum W.B.T!!! Buat pengetahuan sahabat semua,beberapa hari lagi bermulalah satu kembara baru buat diri ini menjadi seorang mutawwif di tanah suci kota madinah.Jadi,sebelum menempoh hari-hari disana ingin saya kongsikan garis panduan yang penting sebelum di gelar seorang mutawwif.

  1. Niat dan ikhlas
  2. Hukum hakam ibadah umrah/haji
  3. Sejarah Kota Mekkah dan Kota Madinah
1- Niat dan ikhlas : Setiap perbuatan kita mestilah di mulai dengan niat.
Sepertimana yang dijelaskan dan direkodkan dalam mafhum hadis " Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan ) tergantung niatnya ). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya ) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. 
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaaburi di dalam dua kitab Shahih, yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang).

Kepentingan Hadis :-



  • Niat merupakan syarat layak/diterima atau tidaknya amal perbuatan, dan amal ibadah tidak akan menghasilkankan pahala kecuali berdasarkan niat (karena Allah ta’ala).
  • Waktu pelaksanaan niat dilakukan pada awal ibadah dan tempatnya di hati.
  • Ikhlas dan membebaskan niat semata-mata karena Allah ta’ala dituntut pada semua amal shaleh dan ibadah.
  • Seorang mu’min akan diberi ganjaran pahala berdasarkan kadar niatnya.
  • Semua perbuatan yang bermanfaat dan mubah (boleh) jika diiringi niat karena mencari keridhaan Allah maka dia akan bernilai ibadah.
  • Yang membedakan antara ibadah dan adat (kebiasaan/rutinitas) adalah niat.
  • Hadits di atas menunjukkan bahwa niat merupakan bagian dari iman karena dia merupakan pekerjaan hati, dan iman menurut pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah membenarkan dalam hati, diucapkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan.


  • 2- Hukum hakam ibadah umrah :
    Para mutawwif wajib mendalami ilmu berkaitan hukum hakam perlaksaan umrah mencakup dari solat sunat ihram,ihram di miqat,rukun umrah,wajib umrah dan jenis-jenis dam tidak lupa juga permasalahan bagi wanita.

    3- Sejarah Kota Mekkah dan Kota Madinah :
    Arif dan mahir dalam selok belok kedua-kedua sejarah tersebut.Bukan sekadar mahir dalam menyampaikan sahaja akan tetapi lebih mahir memberi kesan yang mendalam dalam hati para jemaah.Justeru itu juga,memupuk dan menanamkan dalam diri kita dan para jemaah akan cinta dan kasihnya kepada baginda Rasulullah SAW.

    Inilah serba sedikit garis panduan secara basic yang perlu ada pada diri para mutawwif.Kesemua yang di sebut diatas adalah hasil dari perbincangan bersama bos dan para mutawwif lain.

    Semoga dengan perkongsian ilmu bijak cemerlang ini dapat sama-sama kita tingkatkan lagi ilmu dan amalkan kita didunia yang fana ini insyaAllah.



    Sunday, December 8, 2013

    Kini Laman Blog Kembara Mutawwif Di Buka

    Assalamualaikum W.B.T. 
    Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya dapat lagi diberi peluang serta kekuatan untuk saya menyiapkan dan membangunkan laman blog ini.

    Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua! laman ini dibuka adalah bertujuan untuk menjadikan satu platform perkongsian ilmu bijak cemerlang.Bukan hanya menumpukan kepada satu bidang bahkan ianya akan menjadi satu yang lebih meluas lagi.

    Tujuan lain laman ini ditubuhkan adalah untuk menanamkan rasa cinta dan kasih sayangnya kita kepada baginda Rasulullah SAW serta para sahabatnya dan tidak lupa kepada seluruh umat islam yang senantiasa tidak mengenal erti kelelahan dalam menegakkan dan meneruskan perjuangan islam yang di bawa oleh baginda Rasulullah SAW.

    Justeru itu,saya mohon kepada semua ambillah peluang yang terbentang ini untuk kita jadikan laman ini sebagai satu platform penyampaian ilmu dan menimba ilmu lebih-lebih lagi dalam mengambil intipati kesan awal kelahiran Rasulullah SAW sehingga wafatnya.

    Sebagai penutup bicara,mafhum hadis :"Sampaikan kepadaku walaupun satu ayat".